About Me

My photo
AZUANI BINTI ABDUL RAHMAN D20102041023

Sunday 4 December 2011

Konsep Tolak

Konsep penolakan dapat difahami melalui beberapa pendekatan iaitu pengasingan atau mengabil jalan keluar, perbandingan, pelengkap dan penyekatan. Pengasingan atau mengambil jalan keluar -  daripada satu set objek, satu subset dikeluarkan.
Contohnya:
       Terdapat 8 buah buku di atas meja. Sebanyak 4 buku dimasukkan ke dalam beg. Berapa buah buku lagikah yang tinggal di atas meja tersebut?

Perbandingan - dua set objek berasingan diberi. Set objek pertama disusun semula dan dipadankandengan set objek kedua. Set objek yang tidak ada pasangan dikenali sebagai baki atau beza.

Contohnya:

       Terdapat 8 biji gula-gula dan 5 potong kek. Berapakah bilangan gula-gula melebihi bilangan kek?


Pelengkap – bermula dengan satu set objek, kemudian fikirkan berapa lagi perlu ditambah untuk melengkapkan set keseluruhan.

Contohnya:

       Saya ada 6 ekor kuda di dalam sebuah kandang yang boleh memuatkan 10 ekor kuda. Berapa ekor kudakah yang boleh saya masukkan lagi ke dalam kandang itu?


Penyekatan – dalam konsep ini, ahli sesuatu set objek perlu diubahsuai kedudukannya untuk menepati sesuatu syarat.

Contohnya:

       Terdapat 7 buah kereta di sebuah tempat letak kereta. 2 buah kereta berwarna biru dan dan yang lain berwarna merah. Berapa buah keretakah yang berwarna merah?

No comments:

Post a Comment

Followers